Selasa, 28 Julai 2009

JERUK KUNDANG KEGEMARAN ORANG MENGANDUNG!

BUAH KUNDANG YANG SUDAH DIBASUH , DIBELAH 2 BAHAGIAN SEBELUM DIBUANG BIJI UNTUK DIJERUK!!
SUDAH SIAP UNTUK DI MAKAN...ERMM...SEDAP NYA!!! PECAH LIUR!!



JERUK KUNDANG BERLADA



Bahan2
Buah kundang yang masih muda
Garam
Air
Gula merah
Gula putih
Cili kisar dari cili kering (takmau cili boh yer.. sebab dlm cili boh ni dicampur bahan lain.. takut jeruk cepat rosak)

Cara2 Membuat
Buah kundang dibasuh bersih2 dan toskan.
Belah 2 atau 4 buah kundang dan buangkan bijinya.
Rendam dlm air kapur kejap. Pastu basuh balik buah tu dan rendam dalam air biasa. Campurkan garam dan kacau rata. Pastikan guna garam yang banyak mengikut kuantiti buah. Agak2lah yer.. kalau tak cukup garam nanti buah cepat rosak.
Lepas 2 malam jeruk air garam.. basuh buah bersih2 dan toskan.
Masak air gula merah pekat2 dan tapiskan.
Campur air gula merah tadi dengan cili kisar dan juga garam. Kuantiti gula yang digunakan agak banyak. Bila air gula dah sejuk.. tuangkan ke dalam bekas berisi buah kundang tadi dan kacau rata. Masukkan dalam peti ais dan biar terendam. Keesokannya dah boleh dimakan.. boleh disimpan beberapa hari jika letak dlm peti ais. Kalau kat luar.. mungkin tak tahan lama kot… tak pernah try la pulak.

1 ulasan:

  1. hehehe...
    saya cuba buat puan.. Tp saya jeruk tak sampai satu malam.... tak sabar.... saya guna nissan ganu (gula melaka) ganu nama nissan kerek.. hehehe... cuma terpedas sikit cili kering tu... rasa cam tak banyak td.... tp saya baru buat 12/6/2021... dah tau cam ne nak buat tpi lupa.. hehehe.. maklum laa jantan tulen... hahahaha... TQ kak...

    BalasPadam