Rabu, 29 Julai 2009

ACAR BUAH - HIDANGAN ISTIMEWA BULAN PUASA.

Acar buah yang dipacking cantik akan menarik pelanggan, bahan untuk menyediakan acar buah ada dijual di D'Juara Jeruk , Pasar Malam TAR!
Acar buah yang enak akan menjadi pembuka selera paling diminati pada bulan puasa nanti!!



D'Juara Jeruk saban tahun menerima tempahan yang tinggi terhadap bahan-bahan untuk menyediakan acar buah. Acar buah yang enak bukan sahaja terletak pada bahan-bahan yang segar dan bermutu tetapi juga dari cara memasak acar tersebut!!!

D'Juara Jeruk suka untuk mempamirkan resepi acar buah yang agak terkenal dari blogger 'hanie liza'.


ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.



Satu petua yang perlu dijaga semasa memasak acar buah...jangan sesekali masuk kan air!! dan air acar buah terhasil dari cili mesin , gula dan cuka!!

Supaya acar tidak kering, acar perlu dimasak dengan minyak yang banyak!!

1 ulasan: