Khamis, 30 Julai 2009

ACAR LIMAU BUAH KERING - ENAK DAN BERKHASIAT.

acar limau buah kering yang amat sedap!!
kismis adalah antara ramuan berkahsiat yang menajadi ciri penting dalam acar ini!!
cili kering dan bawang menjadi bahan asas sesamasa menumis, aroma cili kering akan membuat acar lebih sedap!

bahan-bahan untuk dibuat acar buah... semua nya boleh didapati kat D'Juara Jeruk setiap sabtu.

Selain lazat, acar buah juga sangat berkhasiat!! Campuran buah-buahan termasuk limau kering, kismis, kurma serta dimasak bersama bawang akan memberi kombinasi yang berzat.

Kepada peminat acar, D'Juara ingin serta kan satu lagi acar yang bisa membuka selera terutama untuk bulan puasa yang bakal menjelang pada bulan Ogos nanti!

Untuk mendapat bahan-bahan membuat acar itu silalah ke D'Juara Jeruk, Pasar Malam Jalan TAR pada setiap hari sabtu!! atau boleh hubungi 012 2640500 - Roslan.

Selamat mencuba!!



ACAR LIMAU BUAH KERING.


Bahan-Bahan:
Bahan A :
10 biji buah limau kering (dibelah 2)
300 gm buah belimbing kering
300 gm buah mangga kering
200 gm lobak masin (dipotong dadu ½in)
(Kesemua bahan A diatas direndam 1jam)
300 gm buah kurma
300 gm kismis kuning
300 gm halwa kundur
1 cawan gula pasir
30 biji cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak kemudian dikisar kering)
5 butir bawang besar(dikisar)
1 cawan cuka

Bahan B :
300 gm bawang merah
200 gm bawang putih
300 gm halia muda (dimayang)
½ cawan bijan(digoreng tanpa minyak)
Garam secukup rasa

Cara:
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia bersama 3 cawan minyak.
Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Masukkan 2 cawan air dan cuka. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan A dan masaklah sehingga pekat.Akhir sekali masukkan bahan B. Renihkan diatas api kecil.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan