Khamis, 30 Julai 2009

ACAR LIMAU BUAH KERING - ENAK DAN BERKHASIAT.

acar limau buah kering yang amat sedap!!
kismis adalah antara ramuan berkahsiat yang menajadi ciri penting dalam acar ini!!
cili kering dan bawang menjadi bahan asas sesamasa menumis, aroma cili kering akan membuat acar lebih sedap!

bahan-bahan untuk dibuat acar buah... semua nya boleh didapati kat D'Juara Jeruk setiap sabtu.

Selain lazat, acar buah juga sangat berkhasiat!! Campuran buah-buahan termasuk limau kering, kismis, kurma serta dimasak bersama bawang akan memberi kombinasi yang berzat.

Kepada peminat acar, D'Juara ingin serta kan satu lagi acar yang bisa membuka selera terutama untuk bulan puasa yang bakal menjelang pada bulan Ogos nanti!

Untuk mendapat bahan-bahan membuat acar itu silalah ke D'Juara Jeruk, Pasar Malam Jalan TAR pada setiap hari sabtu!! atau boleh hubungi 012 2640500 - Roslan.

Selamat mencuba!!



ACAR LIMAU BUAH KERING.


Bahan-Bahan:
Bahan A :
10 biji buah limau kering (dibelah 2)
300 gm buah belimbing kering
300 gm buah mangga kering
200 gm lobak masin (dipotong dadu ½in)
(Kesemua bahan A diatas direndam 1jam)
300 gm buah kurma
300 gm kismis kuning
300 gm halwa kundur
1 cawan gula pasir
30 biji cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak kemudian dikisar kering)
5 butir bawang besar(dikisar)
1 cawan cuka

Bahan B :
300 gm bawang merah
200 gm bawang putih
300 gm halia muda (dimayang)
½ cawan bijan(digoreng tanpa minyak)
Garam secukup rasa

Cara:
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia bersama 3 cawan minyak.
Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Masukkan 2 cawan air dan cuka. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan A dan masaklah sehingga pekat.Akhir sekali masukkan bahan B. Renihkan diatas api kecil.




Rabu, 29 Julai 2009

ACAR BUAH - HIDANGAN ISTIMEWA BULAN PUASA.

Acar buah yang dipacking cantik akan menarik pelanggan, bahan untuk menyediakan acar buah ada dijual di D'Juara Jeruk , Pasar Malam TAR!
Acar buah yang enak akan menjadi pembuka selera paling diminati pada bulan puasa nanti!!



D'Juara Jeruk saban tahun menerima tempahan yang tinggi terhadap bahan-bahan untuk menyediakan acar buah. Acar buah yang enak bukan sahaja terletak pada bahan-bahan yang segar dan bermutu tetapi juga dari cara memasak acar tersebut!!!

D'Juara Jeruk suka untuk mempamirkan resepi acar buah yang agak terkenal dari blogger 'hanie liza'.


ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.



Satu petua yang perlu dijaga semasa memasak acar buah...jangan sesekali masuk kan air!! dan air acar buah terhasil dari cili mesin , gula dan cuka!!

Supaya acar tidak kering, acar perlu dimasak dengan minyak yang banyak!!

Selasa, 28 Julai 2009

JERUK KUNDANG KEGEMARAN ORANG MENGANDUNG!

BUAH KUNDANG YANG SUDAH DIBASUH , DIBELAH 2 BAHAGIAN SEBELUM DIBUANG BIJI UNTUK DIJERUK!!
SUDAH SIAP UNTUK DI MAKAN...ERMM...SEDAP NYA!!! PECAH LIUR!!



JERUK KUNDANG BERLADA



Bahan2
Buah kundang yang masih muda
Garam
Air
Gula merah
Gula putih
Cili kisar dari cili kering (takmau cili boh yer.. sebab dlm cili boh ni dicampur bahan lain.. takut jeruk cepat rosak)

Cara2 Membuat
Buah kundang dibasuh bersih2 dan toskan.
Belah 2 atau 4 buah kundang dan buangkan bijinya.
Rendam dlm air kapur kejap. Pastu basuh balik buah tu dan rendam dalam air biasa. Campurkan garam dan kacau rata. Pastikan guna garam yang banyak mengikut kuantiti buah. Agak2lah yer.. kalau tak cukup garam nanti buah cepat rosak.
Lepas 2 malam jeruk air garam.. basuh buah bersih2 dan toskan.
Masak air gula merah pekat2 dan tapiskan.
Campur air gula merah tadi dengan cili kisar dan juga garam. Kuantiti gula yang digunakan agak banyak. Bila air gula dah sejuk.. tuangkan ke dalam bekas berisi buah kundang tadi dan kacau rata. Masukkan dalam peti ais dan biar terendam. Keesokannya dah boleh dimakan.. boleh disimpan beberapa hari jika letak dlm peti ais. Kalau kat luar.. mungkin tak tahan lama kot… tak pernah try la pulak.

Isnin, 27 Julai 2009

RESEPI JERUK BUAH ISTIMEWA.

buah mangga amat digemari oleh kaum wanita..!!
buah mangga yang telah dipaket ada jual di Juara Jeruk!
kedondong..untuk wanita yang mengandung!!




JERUK BUAH-BUAHAN

jeruk mangga muda (juga untuk buah-buahan lain)

bahan:

buah mangga muda dibasuh bersih
rendamkan ke dalam air suam 2,3 jam
angkat belah dua buang bijinya
belah lagi ikut saiz yg kita suka
rendamkan ia dalam air kapur dan garam yg secukupnya selama 2,3 jam
toskan dan masukan kedlam bekas yg berisi air gula
biarkan selama 2,3 hari baru dimakan.
selepas itu hendaklah disimpan dlm peti sejuk krn tiada bahan pegawet
ia tidak tahan lama.

air gula:

gula dimasak bersama pewarna kuning sehingga pekat,
sejukan baru dimasukan kedlm buah.

manis nya gula ikut berapa banyak buah yg kita gunakan.

MEMANG ENAK JIKA MAMPU MEMBUAT JERUK SENDIRI, TETAPI JIKA MAHU KAN JERUK SEGERA YANG ENAK..SUDAH TENTU BOLEH DIDAPATI DI D'JUARA JERUK, PASAR MALAM JALAN TAR , KUALA LUMPUR!

PERTANYAAN SILA CALL: 012 264 0500



SALAM PERKENALAN!!!

Menyahut seruan kerajaan untuk mengITkan semua perkara dalam kehidupan, maka saya mengambil langkah ini untuk bersama-sama menyambut seruan ini !!

Saya merasa dalam apa jenis perniagaan pun IT akan menjadi pemangkin kepada kemajuan.

Kepada yang sudi singgah ke blog ini saya ucap kan berbanyak terima kasih dan jangan lupa datang lah ke D Juara Jeruk!!

Salam Perkenalan!!